selepas hujan
mungkin ada beberapa benda yang saya rasa saya patut buat refleksi pada diri saya balik. semoga dengan itu saya kembali menjadi diri saya yang lebih baik walaupun masih banyak kekurangannnya. saya suka menulis, sebab bagi saya menulis ni antara cara untuk meluahkan emosi emosi terbuku dalam minda dan hati. menulis bagi saya adalah terapi. dan menulis membuatkan saya lebih jujur dengan diri saya. tapi kadang2 saya rasa menulis pun buruknya ada juga pada saya. bahawa bukan semua benda perlu diluahkan. sebab kadang-kadang saya juga rasa sesal dengan kata kata saya dan tindakan saya melalui penulisan. menulis juga harus yang baik baik saja. jangan jadi orang yang menulis hanya untuk menyakitkan orang orang. kita menulis dan kita akan dipertangggungjawabkan dengna penulisan kita kelak. menulis juga bukan untuk semua orang, kerana bukan semua penulisan layak dibaca untuk orang lain. orang kebanyakan menilai kita dengan cara kita tulis. tulisan tulisan kita itulah yang menunjukkan identi...